MESKI popularitinya ketika ini diselimuti dengan kes jenayah atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur, Naim Daniel nampaknya terus melangkah.
Iyalah, selalunya kalau artis yang terkait dengan kes mahkamah, akan ambil pendekatan menyepikan diri dan hilang dari radar buat seketika tapi Naim melancarkan single baharu!
Paling buat Diva kagum adalah para peminatnya yang setiasa berada di sisi memberi sokongan selain bermati-mati yakin Naim tidak bersalah atas dakwaan tersebut.
Sukar untuk melihat memiliki kelompok peminat yang sangat teguh berdiri di belakang ketika artisnya terpalit isu jenayah.
Dari kes Naim ini, Diva perhati bahawa penting untuk seorang artis mempunyai imej dan personaliti yang menyenangkan sebab perkara tersebut memberi impak besar sekiranya dilanda kontroversi. Peminat juga yang akan ‘backup’ daripada terus jatuh terduduk.
Jadi, artis generasi baharu jangan sombong dan perasan terpaling ‘superstar’ ya.
DIVA: Ramai tanya, ada nampak tak gambar Fara Fauzana kat signboard Low’s Peak, bukti sampai di puncak Kinabalu, ada nampak tak?