fbpx
GAMBAR fail rumah keluarga Sahroni. - Foto Kompas

Suspek kes pembunuhan Sahroni diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Kes pembunuhan lima sekeluarga yang menggemparkan penduduk Indramayu, wilayah Jawa Barat, akhirnya menemui petunjuk jelas apabila polis berjaya menangkap suspek, lapor laman berita Ntvnews.id semalam. 

Mayat lelaki bernama Sahroni, 76, bersama empat anggota keluarganya ditemukan tertanam di dalam satu lubang di belakang rumah mereka.

Polis berkata, keluarga itu menjadi mangsa pembunuhan yang disyaki dilakukan oleh anak angkat Sahroni sendiri.

Berita mengejutkan itu pertama kali tular melalui hantaran di platform Instagram milik akaun @suc731 kelmarin.

“Suspek pembunuhan Sahroni sudah ditangkap di Indramayu. Pelakunya ialah anak angkat mangsa sendiri yang masih remaja,” tulis keterangan dalam hantaran tersebut.

Kes itu bermula apabila polis menerima laporan mengenai kehilangan keluarga Sahroni. 

Setelah menjalankan siasatan, pihak berkuasa menemukan mayat lima mangsa dalam satu lubang yang tertutup.

Kelima-lima mangsa dikenal pasti sebagai Sahroni, 76; anak kandungnya, Budi Awaludin, 40; menantu, Euis Juwita Sari 37; cucu, Ratu Khairunnisa, 7 dan seorang lagi cucu, Bela, 10 bulan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Jawa Barat, Senior Asisten Komisioner, Hendra Rochmawan mengesahkan penangkapan itu dan berkata, semua mangsa dipercayai menjadi mangsa jenayah pembunuhan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI