fbpx
SEORANG lelaki dicederakan dengan pisau dalam kejadian di Taman Rasa Jaya, Seremban Jumaat lalu. - IHSAN POLIS

Suspek kelar rakan di Seremban ditahan di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencederakan rakan serumahnya dengan pisau selepas berselisih faham dalam kejadian di Taman Rasah Jaya di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, suspek ditahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor semalam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban.

“Tangkapan dibuat ke atas lelaki berusia 23 tahun yang juga rakan serumah mangsa dan suspek utama kes ini. Punca kejadian adalah disebabkan salah faham.

“Suspek ditahan di hospital kerana terlibat dalam kemalangan selepas kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 6.24 petang, Jumaat lalu memaklumkan menemui pemuda berusia 31 tahun dalam keadaan berlumuran darah di Taman Rasah Jaya.

Terdapat kesan kelar di bahagian leher mangsa dan lelaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut. Suspek direman selama lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI