fbpx
Mohamed Azmin (kanan) bersama Muhyiddin dan kepimpinan tertinggi Bersatu pada PAT kelapan, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF

Sokong kepimpinan, calonkan Muhyiddin PM ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri ke-11.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan sebulat suara itu menerusi penutupan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu petang tadi.

Menurut beliau, perhimpunan kali kelapan kali itu telah berjaya dilaksanakan selama dua hari bermula semalam.

“Seramai 20 pembahas ambil bahagian mewakili negeri, sayap dan wakil mahasiswa dengan menghayati dan mengupas pelbagai isu termasuk kos sara hidup, ekonomi global dan serantau, perpaduan rakyat serta isu politik semasa,” katanya.

Menurut Mohamed Azmin, PAT bersetuju menyokong dan meluluskan usul ucapan dasar Presiden selain menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau sebagai Presiden Bersatu.

“PAT sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-11 daripada parti ini. Perwakilan bertekad terus bekerja kuat di lapangan dan meningkatkan kemahiran jentera pilihan raya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI