fbpx
Jeffri Salim (tujuh dari kiri) pada majlis sambutan ulang tahun Sime Motors ke-45 baru-baru ini.

Sime Motors rai ulang tahun ke-45, terajui industri automotif negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sime Motors  meraikan ulang tahunnya yang ke-45 dengan penuh bangga kerana sepanjang hampir lima dekad yang dilalunya, Kumpulan telah mencapai pertumbuhan, mempelopori inovasi dan menerajui industri automotif Malaysia.

Kini, Sime Motors yang telah ditubuhkan sejak tahun 1980an itu mewakili jenama automotif global yang terkenal di Malaysia,termasuk BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, DENZA, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover,Volvo, Porsche dan juga Auto Selection untuk kereta terpakai, di samping Drivecare dan EV
Next untuk kereta EV terpakai.

Rangkaian jenama yang diwakili oleh Sime Motors juga mengukuhkan kedudukannya sebagai pengedar sehenti dengan prestasi inovatif yang memenuhi keperluan pengangkutan harian.

Sepanjang tempoh itu juga, Sime Motors telah menerajui transformasi industri automotif Malaysia  daripada memperkenalkan teknologi canggih kepada menjanjikan pengalaman pemilikan premium dan menerajui peralihan negara kepada pengangkutan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, perjalanan sepanjang 45 tahun itu telah menyaksikan Kumpulan memberikan komitmen jangka panjang kepada inovasi, kelestarian dan penciptaan nilai bagi para pelanggan.

“Perniagaana utomotif telah menjadi pemacu pertumbuhan penting bagi Sime dan kami berbangga untuk melihat kegigihan Sime Motors menjadi nama yang dipercayai di Malaysia dan kuasa utama
dalam dunia pengangkutan serantau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Tambah beliau, sambil  meraikan mercu jaya ini, pihaknya sedang berusaha untuk meneroka peluang baharu, secara khususnya dalam bidang pengangkutan elektrik dan juga di pasaran Asia Pasifik yang lebih luas.

Teras kemajuan Sime Motors dalam industri automotif adalah warganya sendiri yang mana syarikat komited dalam memupuk pembangunan kakitangannya dengan melabur dalam segi latihan, sekali gus membolehkan mereka berkembang seiring dengan perniagaan.

Komitmen ini memastikan tenaga kerja Kumpulan dilengkapi untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik serta kekal mendahului dalam landskap automotif yang dinamik.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-45, Sime Motors telah merancang pelbagai inisiatif seluruh negara yang menarik, termasuklah menganjurkan Karnival ulang tahun ke-45, bermula dari 5 hingga 7 September di Sime Motors City, menawarkan hadiah cabutan bertuah termasuk hadiah utama BMW 2 Series serta ganjaran bulanan dari September hingga Disember 2025.

Turut diadakan  Orchestrating Excellence, sebuah konsert orkestra yang dianjurkan khas untuk meraikan 45 tahun kecemerlangan automotif di Malaysia, jualan  maraton ulang tahun pada bulan Oktober, ia adalah sebuah acara promosi pecah rekoddengan tawaran tiada tandingan.

Selain itu, diadakan aktiviti penglibatan pelanggan dan kakitangan, termasuk malam bertema retro, acara sukan dan aktiviti yang meraikan komuniti Sime Motors. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI