fbpx
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa tertimbus pam pasir di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri hari ini.

Seorang lelaki maut, tiga selamat tertimbus tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi berjaya diselamatkan selepas tertimbus ketika kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip dilakukan di kawasan pengumpulan pasir sungai di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, di sini hari ini.

Mangsa yang maut berusia 20 tahun manakala yang cedera berusia 28, 36 dan 38 tahun.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 5 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Menurut saksi, tanah di sekeliling tempat korekan tiba-tiba merebak dan jatuh ke dalam longkang yang digali sedalam tiga meter. Tiga mangsa tertimbus di paras dada dan seorang lagi sepenuhnya dalam tanah,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, operasi turut menggunakan jengkaut bagi membuat ruangan di sekitar tempat mangsa tertimbus.

“Ketiga-tiga mangsa yang tertimbus pada paras dada itu berjaya dikeluarkan pada pukul 6.30 petang dan mereka yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans.

“Seorang lagi mangsa yang tertimbus ditemui pada pukul 7.59 malam dan disahkan telah meninggal dunia. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI