PROGRAM realiti Talk To My Manager sudah memasuki minggu ketiga yang menyaksikan persaingan sengit bakat nyanyian anak-anak selebriti.
Walaupun sudah beberapa minggu disiarkan, masih ada peminat tertanya-tanya kenapalah agaknya pempengaruh tersohor, Kasih Iris Leona tidak menyertai pertandingan berkenaan sedangkan dia juga anak artis.
Jawapan kepada persoalan itu diluahkan puteri kepada pelakon Azhar itu menerusi satu siaran langsung dalam laman sosialnya.
Leona mengakui sudah dirisik tetapi terpaksa menolak dengan baik tawaran daripada produksi disebabkan tiada bakat sebagai penyanyi.
“Saya tak boleh menyanyi dengan baik dan saya tahu orang akan gelakkan kalau saya cuba. Saya suka cabar diri, tapi untuk kali ini, saya rasa lebih baik tidak,” luahnya.
Malah difahamkan, Leona juga menolak tawaran sebagai hos program terbabit kerana mengakui kurang berminat.
Okeylah kalau itu alasan tuan punya diri walaupun sebenarnya ramai peminat nak tengok dia naik ke pentas sebab yakin dengan bakatnya.
DIVA: Ramai anak selebriti berbakat tapi janganlah kutuk melampau kalau ada yang tersalah ‘key’.