fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat landa enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak sehingga jam 12 tengah hari ini.

Di Semenanjung, kawasan yang terlibat termasuk Johor membabitkan daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di utara pula, Kedah mencatatkan amaran melibatkan kawasan Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Turut terkesan ialah Pulau Pinang serta Perak meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama.

Pahang pula hanya melibatkan daerah Rompin.

Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Kuching (termasuk Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Kapit (Kapit) serta Bintulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN