fbpx
Guet Kheng bersama anak angkatnya, Zheng Yan pada majlis meraikan Kejayaan Permohonan Kewarganegaraan Kanak-Kanak di Pulau Pinang hari ini. - Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Peniaga laksa lega anak angkat dapat MyKad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Walaupun hanya membesarkan anak angkat, Teoh Guet Kheng, 65, tidak pernah menganggap Teoh Zheng Yan, 13, yang menghidap sindrom Down sebagai bebanan.

Sebaliknya, peniaga laksa itu berkata, dia lega kerana remaja tersebut akhirnya memperoleh kad pengenalan (MyKad) menerusi Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP).

“Sebenarnya, dia (Zheng Yan) lahir di Pulau Pinang, tapi ditinggalkan ibunya di hospital, jadi saya ambil, jaga berikan dia kasih sayang seperti anak sendiri.

“Lebih membanggakan, dia diterima masuk untuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Jelutong,” katanya ketika ditemui pada majlis Kejayaan Permohonan Kewarganegaraan Kanak-Kanak di Pulau Pinang oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Chan Weng Poh, 83, gembira kerana berjaya memiliki MyKad selepas lebih 10 tahun menunggu untuk mendapatkan dokumen tersebut.

“Saya datang ke Malaysia ketika berusia 15 tahun. Saya masih ingat, ketika itu beberapa bulan sebelum Malaysia merdeka pada tahun 1957.

“Walaupun lahir di China, saya tinggal di Malaysia sudah hampir 70 tahun. Saya sangat sayangkan negara ini dengan sepenuh jiwa raga saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN