JAKARTA – Seorang pencipta kandungan media sosial menerima bungkusan yang mengandungi kepala babi yang dihantar individu tidak dikenali, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Ia dibungkus dan dihantar ke rumah pemilik akaun Instagram, @walikonten yang beralamat di Bogor, wilayah Jawa Barat.
Maklumat tentang kejadian itu turut dimuat naik di akaun Instagram lelaki berkenaan.
“Sudah dua kali saya menerima bungkusan misteri, akhirnya saya hubungi polis. Ini kali kedua, saya tidak berani untuk membukanya,” tulis lelaki tersebut pada hantarannya.
“Ternyata, ia kepala babi. Maksudnya apa ya?” tambahnya lagi.
Bungkusan itu mempunyai nama pengirim iaitu Robi Darwis dan tidak disertakan resit atau dokumen lain.
Menurut pemilik akaun @walikonten itu, dia menghubungi Robi tetapi individu berkenaan menyatakan bahawa dia tidak memuat sebarang kiriman. – AGENSI