MENELUSURI pelayaran, mata tidak jemu melihat pemandangan indah di sekitar lautan Teluk Halong (Halong Bay), Vietnam yang dikelilingi pulau-pulau batu kapur berusia lebih 200 juta tahun. Sepanjang tiga hari dua malam, bukan sekadar dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik sekitar kawasan teluk tetapi juga disulami pengalaman spiritual dan reflektif. Bercuti atas kapal persiaran mungkin sesuatu yang sudah biasa didengari tetapi apabila disuntik dengan pengisian islamik terutama di negara bukan majoriti penduduk Islam, ia merupakan satu konsep unik dan baharu. Berbanding kebanyakan……