fbpx
Muhyiddin ketika hadir pada perasmian PAT Bersatu Kelapan di IDCC malam tadi. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

Muhyiddin dakwa belum terima mohon maaf PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa belum menerima permohonan maaf daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi petrol RON95.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, isu mohon maaf berkenaan berlaku sudah agak lama dan mungkin sudah tiga minggu.

“Kita ini bukan nak bergaduh apa-apa. Minta maaf itu mengakui itu satu kesilapan dan manusia mesti buat begitu. “Malangnya, sampai sekarang ini saya tengok tidak ada apa-apa pun beliau (Anwar) buat (mohon maaf).

“Saya tak dukung. Saya ada akal dan masih ingat lagi. Nanti kita akan bangkitkan lagi. dan terima kasih ingatkan balik,” katanya pada sidang akhbar perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu itu di sini, malam tadi.

Tambah Muhyiddin, beliau mengetahui bahawa Anwar menyatakan mahu menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI