BAGAN DATUK – MIC diminta memberi penjelasan secara bertulis berhubung tindakan menghantar wakil ke Perhimpunan Agung Tahunan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Shah Alam semalam.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjelasan itu akan diminta secara rasmi oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
“MIC akan diminta menjelaskan secara bertulis mengapa mereka menghantar wakil sedangkan Perikatan Nasional (PN) bukan sebuah parti gabungan BN, malah merupakan pembangkang
“Kita juga menyerahkan kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan partinya,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Komuniti Desa (MODE)@Kemas KKDW dan Program Bakti Madani@KPT di Masjid Tuminah Hamidi Bagan Datuk, di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan hadir dalam majlis itu dilihat bertentangan dengan pendirian BN yang kini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE