fbpx
ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat melakukan tugas mengangkat satu mayat yang ditemui terapong kira-kira dua kilometer dari Jeti Bot Nelayan Tanjong Laboh di Batu Pahat, petang semalam.

Mayat tanpa identiti ditemui terapung di Tanjung Laboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Mayat tanpa identiti ditemui terapung berhampiran Pantai Tanjung Laboh, di sini petang semalam.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Noor Rashid Tugirin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 6.47 petang.

“Mayat tanpa identiti itu ditemui kira-kira dua kilometer dari Jeti Bot Nelayan Tanjung Laboh dalam keadaan terapung di laut dan dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis,”katanya melalui kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat berkenaan namun masih belum dapat mengenal pasti identitinya.

Menurutnya, mayat berkenaan dipercayai hanyut dari laut bebas dan mungkin datang dari negara seberang (Indonesia) dan proses bedah siasat akan dilakukan esok.

Ujarnya, hasil semakan juga mendapati pihaknya tiada menerima laporan orang hilang di kawasan Senggarang, Rengit dan Batu Pahat dalam masa terdekat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI