fbpx
SUDAH berusia dan mempunyai anak, Liyana Jasmay tetap 'cute' dengan penampilan macam gadis muda.

Liyana Jasmay masih ‘feeling’ berskirt pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUATU ketika dulu, Diva minat betul dengan Liyana Jasmay. Lebih-lebih lagi pada awal kemunculannya, semua filem lakonannya bagus-bagus.

Dia juga pernah menjadi ‘trendsetter’, terutama ketika menjayakan filem Kami. Tapi itu semua ketika zaman muda, nak pakai apa pun orang tak kisah.

Namun, lain pula halnya bila ibu kepada dua cahaya mata itu apabila dia beberapa kali muncul dengan imej berskirt pendek yang buat segelintir pihak kurang senang.

Skirt dan seluar pendek paras paha tak ubah macam gadis belasan tahun, itu yang digayakan Liyana baru-baru ini.

Sakit jugalah mata melihat sebab ramai kata tidak bersesuaian dengan usia dan statusnya sebagai isteri serta ibu. Mungkin itu sudah jadi identitinya, masih rasa lawa ada ‘feeling’ untuk berpakaian sebegitu.

Tapi itulah, nanti pasti ada jawapan itu haknya, cuma kalau boleh berpada-padalah ya.

DIVA: Terharu lihat sokongan rakyat Malaysia terhadap Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI