fbpx
Rayme (kiri) dan Pinn Yang bergambar sempena promosi program Fun Run Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih 1,000 peserta sertai Fun Run Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fun Run Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2025 yang akan berlangsung pada 16 September ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur bakal disertai oleh lebih 1,000 peserta.

Penganjur program yang juga Pengarah Urusan, Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal berkata, buat masa ini, penyertaan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan lebih menarik program tersebut akan disertai oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kehadiran penghibur nombor satu negara itu akan menyerikan acara santai tersebut bersempena Hari Usahawan Negara (HUN) dan Hari Malaysia yang bermula 12 September selama lima hari.

Acara larian yang akan bermula pukul 7 pagi adalah salah satu pengisian HUN dan Hari Malaysia.

Lebih menarik, majlis pelepasan larian santai itu akan turut dihadiri pempengaruh terkenal, Pinn Yang dan selebriti lain.

Rayme berkata, larian tersebut menawarkan dua kategori iaitu tiga kilometer (km) dan lima km dalam usaha menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga dan rakan.

“Tawaran harga penyertaan larian dibuka sehingga esok dan tiket boleh dibeli secara dalam talian di laman rasmi pendaftaran Ticket2u atau ikuti saluran media sosial Anjung Malaysiaku,” katanya dalam kenyataan di sini yang turut bekerjasama Bersama SimplySiti sebagai Rakan Strategik.

Rayme menambah, Fun Run itu bukan sekadar acara larian santai tetapi sebuah perayaan kebersamaan, gaya hidup sihat dan kecintaan terhadap Malaysia.

Katanya, lebih istimewa, larian ini menjadi kemuncak kepada karnival gaya hidup, hiburan dan makanan serta minuman (F&B) iaitu Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2025 yang berlangsung selama lima hari  bermula 12 September di lokasi sama.

“Fun Run ini adalah cara kami menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang.

“Ia juga bukan sekadar acara larian santai tetapi sebuah perayaan kebersamaan, gaya hidup sihat dan kecintaan terhadap negara.

“Kami mahu menjadikan festival ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu platform tahunan untuk usahawan, pempengaruh, artis dan rakyat Malaysia meraikan kreativiti, inovasi dan identiti negara.

“Jadi daftar sekarang, pakai kasut larian anda dan mari cipta memori indah bersama ribuan rakyat Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN