fbpx
MBAPPE meledak satu gol untuk menyamai rekod jaringan milik Henry ketika Perancis menewaskan Ukraine awal pagi semalam. - AFP

Kelayakan Piala Dunia: Perancis lepasi cabaran Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WROCLAW – Naib juara Piala Dunia 2022, Perancis memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan apabila memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Ukraine pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan awal pagi semalam.

Bintang Bayern Munich, Michael Olise dan Real Madrid, Kylian Mbappe muncul penjaring buat Les Blues yang kini berada di tangga kedua di belakang Iceland yang menang besar 5-0 ke atas Azerbaijan.

Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps merasakan pasukannya sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol khususnya selepas tampil cemerlang ketika aksi di separuh masa pertama.

“Kami berjaya menguasai permainan di babak pertama dan sepatutnya kami mampu memperoleh lebih daripada satu gol. Kami mempunyai kualiti di jentera serangan, tetapi kami turut berdepan situasi sukar.

“Bagaimanapun, kemenangan ini memberikan kami permulaan yang bagus buat kami pada kempen kelayakan kali ini,” katanya.

Jaringan Mbappe itu juga menyaksikan penyerang itu menyamai rekod legenda negara itu, Thierry Henry dengan 51 gol, hanya enam jaringan di belakang pendahulu penjaring terbanyak, Olivier Giroud (57 gol).

“Seperti dikatakan oleh pengurus, kami sepatutnya mampu dapatkan lebih banyak gol dan saya juga terlepas beberapa peluang. Masih ada perkara yang kami perlu baiki tetapi tiga mata kali ini sudah berikan permulaan baik buat kami,” kata Mbappe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI