fbpx
MAGHRIBI mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia buat kali ketujuh dalam sejarah negara itu. - AFP

Kelayakan Piala Dunia: Maghribi pasukan Afrika pertama layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHANNESBURG – Maghribi muncul pasukan dari benua Afrika pertama yang mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas mencatat rekod bersih kemenangan dalam enam perlawanan.

Pada aksi kelayakan Kumpulan E menentang Niger awal pagi semalam, Maghribi berjaya mencatat kemenangan 5-0 ketika pasukan lawan mereka itu hanya beraksi dengan 10 pemain

Kemenangan itu membolehkan Maghribi mengumpul 18 mata dan memiliki kelebihan lapan mata berbanding pencabar mereka di tempat kedua, Tanzania berbaki dua lagi perlawanan.

Kejayaan itu juga menyaksikan Maghribi mengesahkan tempat untuk ke Piala Dunia buat kali ketujuh dalam sejarah ketika mereka berjaya mencipta sensasi ketika saingan Piala Dunia 2022 di Qatar apabila mara ke separuh akhir.

Pada perlawanan tersebut, Niger terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Abdul Latif Gourmey dilayangkan kad merah pada minit ke-26 sebelum Maghribi meledak dua gol menerusi Ismael Saibari sebelum babak pertama berakhir.

Memasuki aksi separuh masa kedua, Maghribi berjaya memanfaatkan kelebihan tersebut apabila menambah tiga lagi gol menerusi Ayoub el Kaabi, Hamza Igamane and Azzedine Ounahi untuk mengesahkan tempat mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN