PETALING JAYA – Kelantan mencatatkan jumlah ahli Parti Amanah Negara (Amanah) paling ramai di Malaysia diikuti Selangor.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keadaan itu membuktikan keyakinan rakyat kepada Amanah semakin meningkat.
“Ia menjadi semangat untuk kita (Amanah) terus bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu di Facebook hari ini.
Terdahulu, Mohamad berkata, gabungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di Kelantan cukup serasi.
Justeru, katanya, beliau yakin Amanah bersama rakan gabungannya mampu melakukan sesuatu yang besar untuk rakyat negeri itu.
“Politik Kelantan memang unik, silih berganti parti yang memerintah,” katanya. – KOSMO! ONLINE