fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Rahmat di media sosial.

Kapal Estrella Y Manuel tiba di pelabuhan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal Estrella Y Manuel, iaitu salah sebuah pengangkutan yang membawa aktivis kemanusiaan termasuk PU Rahmat dari Malaysia dijangka tiba di pelabuhan di Tunisia sekitar jam 7 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh PU Rahmat menerusi satu hantaran di media sosial, selain merakamkan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai sepanjang misi berlangsung.

“Insya-Allah hari ini jam 7, saya dan kru kapal Estrella Y Manuel akan sampai ke pelabuhan. Saya dahulukan ucapan terima kasih atas doa kalian,” katanya.

Tambahnya, sistem pengesanan kapal (tracker) akan ditutup sementara waktu sepanjang mereka berada di pelabuhan atas faktor keselamatan.

Kapal tersebut merupakan sebahagian daripada konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza yang turut disertai oleh aktivis dan sukarelawan dari lebih 40 negara.

Antara wakil Malaysia dalam flotila berkenaan termasuk penyanyi Zizi Kirana, Ardell Aryana, Nadir Al-Nuri dan beberapa lagi.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI