fbpx
Tangkap layar menunjukkan hantaran oleh Zizi Kirana di laman TikTok.

Kapal dinaiki Zizi Kirana hampir tiba di Tunisia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal yang dinaiki selebriti dan penyanyi, Zizi Kirana kini dilaporkan hampir tiba di Tunisia.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Zizi berkongsi perkembangan terkini lokasi kapal misi flotila kemanusiaan ke Gaza yang dinaikinya, dikenali sebagai Huga.

“Insya-Allah akan sampai tak lama lagi ke Tunisia,” katanya ringkas sambil memuat naik peta pergerakan kapal tersebut.

Selain Huga, kapal-kapal lain dalam misi sama termasuk Estrella Emanuel, Inana, Alma, Sirius, Yulara dan La Pinya yang turut membawa wakil Malaysia.

Difahamkan, flotila tersebut terpaksa berpatah balik pada Selasa lalu akibat cuaca buruk, kelewatan dan masalah teknikal yang berlaku sejak meninggalkan Sepanyol.

Flotila Sumud Nusantara yang diketuai Sekretariat Sumud Nusantara merangkumi Cinta Gaza Malaysia (CGM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Cinta Salam Malaysia serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain, adalah sebahagian daripada Global Sumud Flotilla.

Ia merupakan gerakan mobilisasi kemanusiaan yang melibatkan lebih 1,000 peserta dari 44 buah negara.

Antara tokoh terkenal yang menyertai misi ini termasuk aktivis iklim Greta Thunberg, bekas Datuk Bandar Barcelona Ada Colau Ballano, pelakon Ireland Liam Cunningham dan pelakon Sepanyol Eduard Fernandez.

Ini merupakan percubaan ketiga untuk memecah sekatan maritim Israel ke atas Gaza selepas dua flotila terdahulu dipintas tentera laut rejim Zionis di perairan antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI