fbpx
JOJO bangkit daripada dua kekalahan lalu untuk menewaskan El Jamari pada saingan ONE Fight Night 35 di Bangkok semalam. - FB ONE CHAMPIONSHIP

Jojo bukti belum hilang sengat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANYA dua minit diperlukan jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar untuk menewaskan petarung Maghribi, Zakaria El Jamari pada ONE Fight Night 35 yang berlangsung di Bangkok, semalam.

Pada pertarungan kategori flyweight di Stadium Lumpinee itu, Johan yang lebih mesra dengan panggilan Jojo menampilkan aksi cukup agresif sejak awal saingan sehingga meletakkan lawan dalam tekanan.

Meskipun cuba menahan asakan demi asakan dilakukan petarung berusia 18 tahun itu, namun El Jamari terpaksa akur apabila tumbang ketika pusingan pertama berbaki 60 saat menerusi keputusan ‘technical knockout’ (TKO).

Walaupun pada awalnya ramai yang menjangkakan Johan akan berdepan kesukaran atas kemampuan lawannya melakukan tumbukan padu, namun petarung Rentap Muaythai Gym itu mempamerkan aksi cukup sempurna.

Tumbukan demi tumbukan yang dilepaskan Johan ke arah badan El Jamari menyebabkan petarung berusia 35 tahun itu lebih banyak bertahan di penjuru gelanggang, sekali gus memberi kelebihan kepada petarung negara.

Kemudian, ketika pusingan pertama berbaki 60 saat, satu tumbukan tangan kanan Johan hinggap di muka El Jamari menyebabkan petarung Maghribi itu rebah sebelum pengadil menamatkan pertarungan.

Kemenangan itu pastinya menjadi pembakar semangat buat Johan selepas dia tewas dalam dua pertarungan terdahulu menentang dua petarung sensasi dari Colombia, Diego Paez dan Johan Estupinan.

Hasil kemenangan semalam, Johan kini sudah mencatat tujuh kemenangan selain mengalami tiga kekalahan dalam 10 pertarungan.

Sementara itu, kali terakhir dia menang dalam pertarungan ONE Championship adalah ketika menewaskan petarung Mexico, Josue Cruz menerusi keputusan knockout (KO) pada saingan ONE 168 di Denver, Amerika Syarikat 7 September tahun lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN