fbpx
Rusdi akan terpisah dengan Syafiqah selama 45 hari sepanjang menyertai PLKN 3.0 Siri 3 Tahun 2025 di Kem 515, Kementah. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Isteri masuk PLKN, suami akan rindu masakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Sedih tapi bangga,” itu luahan seorang suami muda dari Kedah apabila isterinya, Noor Syafiqah Sukri, 22, terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 3/2025 di Kem 515, Kementah, di sini hari ini.

Mohamad Rusdi Bahruddin Rudy Bahrin, 22, mengakui perasaan bercampur-baur menyelubungi dirinya kerana terpaksa berpisah sementara dengan insan tersayang yang sebelum ini sentiasa ada di sisi.

“Perasaan saya sedih dan gembira pada masa sama. Mungkin saya akan sibuk dengan kerja selepas ini tetapi saya harap isteri dapat menjaga diri, kuat semangat dan buat yang terbaik sepanjang di PLKN,” katanya kepada Kosmo!, hari ini.

Menurutnya, kerinduan pasti terasa kerana dia sudah terbiasa dengan gelak tawa, senyuman dan masakan isterinya setiap hari.

“Paling saya rindu ialah cara dia masak, gelak ketawa dan senyuman dia. Semua itu akan buat saya rasa kosong bila berjauhan nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Rusdi tetap menyokong penuh penglibatan isterinya dalam PLKN yang disifatkan sebagai peluang besar untuk masa depan.

“Dengan sijil PLKN, saya yakin ia boleh memudahkan isteri untuk mendapat pekerjaan, khususnya dalam sektor kerajaan. Jadi, saya reda dan bangga dia diberi peluang ini,” ujarnya.

Seramai 529 wira muda PLKN 3.0 Siri 3 Tahun 2025 telah melaporkan diri di dua kem Askar Wataniah yang terpilih pada siri percubaan terakhir tahun ini di Kem 505, Pekan Pahang dan 250 wira muda wanita di Kem 515, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI