fbpx
Mohd. Dusuki (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada murid yang terpilih pada Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Malaysia Madani di SK Long Gafar, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

Inkues Zara Qairina: Tindakan tegas individu ugut, ancam saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Individu yang cuba menganggu saksi dengan melakukan sebarang ugutan atau ancaman sehingga mengganggu proses keadilan berhubung prosiding inkues membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir bakal berdepan tindakan tegas.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, keadaan yang berlaku terhadap pakar patologi forensik, Dr. Jessie Hiu tidak sepatutnya terjadi termasuk ancaman-ancaman lain.

“Adalah tidak wajar sebarang tindakan yang dilakukan oleh segelintir pihak untuk mengganggu gugat, memberi komen atau ulasan berkaitan kes itu.

“Orang ramai perlu menghormati proses keadilan tersebut yang sedang berjalan ketika ini. Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu saksi dan membuat ancaman,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Malaysia Madani di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Gafar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Dusuki memberitahu, beliau percaya Dr. Jessie yang berpengalaman luas tidak akan tergugat dengan ancaman itu dan percaya pakar tersebut telah menjalankan tanggungjawab dengan membantu pihak mahkamah.

Katanya, Jabatan Penguam Negara akan turut melihat dan mempertimbangkan secara keseluruhan dalam melindungi saksi.

“Kita tidak boleh pandang ringan kes itu dan ia perlu ambil serius kerana kita faham proses tersebut yang melibatkan ramai saksi dan dokumen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN