fbpx
Ahmad Zahid (dua dari kanan) menjadi panel sesi libat urus Program Motivasi Desa @Jabatan Kemajuan Masyarakat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Program Bakti Madani@KPT di Bagan Datuk hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

Gempa bumi: Malaysia sedia hantar bantuan kemanusiaan ke Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Malaysia sedia menghantar bantuan kemanusian ke Afghanistan susulan gempa bumi berukuran 6.0 magnitud yang berlaku di negara itu minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mobilisasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke kawasan terjejas.

Katanya, beliau juga akan meminta Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu pasukan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan.

“Saya juga akan mengkoordinasikan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) khususnya kumpulan sukarelawan yang berpengalaman membantu mangsa banjir dan bencana alam lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Komuniti Desa (MODE)@Kemas KKDW dan Program Bakti Madani@KPT di Masjid Tuminah Hamidi Bagan Datuk, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya akan menghubungi Duta Afghanistan di Kuala Lumpur bagi membincangkan perincian mengenai penghantaran bantuan tersebut.

“Insya-Allah, esok kita akan hubungi Duta Afghanistan untuk bincang perincian bagi membantu mereka yang terjejas,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI