BAGAN DATUK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said diberi tempoh enam bulan untuk mengemukakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Anti Buli ke Jemaah Menteri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Azalina perlu mengemukakan memorandum serta draf RUU itu selepas mengadakan siri libat urus di seluruh negara.
Katanya, libat urus itu akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia selain institusi elit seperti Maktab Tentera Diraja.
“Tempoh sekurang-kurangnya enam bulan diberikan kepada Datuk Seri Azalina untuk mengemukakan kertas cadangan dan memorandum mengenai undang-undang anti buli bagi pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya.
berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Komuniti Desa (MODE)@Kemas KKDW dan Program Bakti Madani@KPT di Masjid Tuminah Hamidi Bagan Datuk, di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, siri libat urus itu juga melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi meliputi universiti awam dan swasta di samping mendapatkan input daripada pengamal undang-undang. – KOSMO! ONLINE