fbpx
Gambar perkongsian Iylia Balqis di laman Instagram miliknya.

‘Cukuplah persoal kehadiran wanita dalam misi kemanusiaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang peserta misi Global Sumud Flotilla ke Gaza, Iylia Balqis kesal berhubung perdebatan berterusan mengenai hukum penyertaan wanita dalam misi kemanusiaan.

Katanya, masih ada pihak di negara ini yang mempertikai kehadiran empat sukarelawan wanita dalam misi tersebut walaupun dunia sedang menyaksikan penderitaan rakyat Palestin setiap hari.

“Sedangkan kami sedang berlayar untuk bertemu para ibu dan kanak-kanak di Gaza,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Iylia Balqis turut merujuk kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang sebelum ini mengesahkan keharusan penyertaan wanita dalam misi seumpama itu.

“Lapangkan dada dan terima dengan hati yang terbuka. Moga Allah reda dengan misi ini,” katanya.

Iylia Balqis dan peserta lain kini dalam pelayaran menuju ke Tunisia sebagai sebahagian daripada rombongan Global Flotilla yang membawa aktivis dari 44 buah negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI