fbpx
Fahmi meninjau pelaksanaan Sara di Gemilang Supermarket Semarak di Tawau, Sabah hari ini

Beras paling laris ditebus penerima Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAWAU – Beras antara produk paling laris ditebus penerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sehingga menyebabkan kehabisan stok.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, terdapat aduan kekurangan stok beras di beberapa lokasi termasuk beberapa pasar raya di daerah ini.

“Saya akan maklumkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memastikan bekalan beras di kawasan tertentu ditambah segera.

“Hal ini perlu diberi keutamaan kerana ia antara barang paling banyak diminta,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Sara di sini hari ini.

Fahmi berkata, jumlah premis bagi pelaksanaan Sara meningkat kepada lebih 7,300 berbanding hanya 2,000 ketika mula dilaksanakan dan ia masih boleh diperluaskan.

Mengulas isu tuntutan bertindih termasuk penggunaan MyKad individu lain dilaporkan hilang, Fahmi berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Dalam pada itu, beliau menekankan keperluan untuk mewujudkan saluran bantuan segera seperti hotline MyKasih bagi dimaklumkan kepada juruwang.

Bagaimanapun, katanya, secara keseluruhan, program itu berjalan dengan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN