BANGKOK – Pekerja di Thailand sedang berhadapan satu titik perubahan besar apabila Kasikornbank (KBank) memperkenalkan program persaraan awal khas (ER) pada usia 45 tahun, langkah pertama seumpamanya di negara itu, lapor akhbar Bangkok Post.
Pakar-pakar menyatakan bahawa langkah itu mencerminkan kepantasan gangguan teknologi dan tekanan yang semakin meningkat terhadap majikan dan pekerja.
Secara tradisi, persaraan di Thailand dikhususkan untuk pekerja yang lebih berusia.
Namun, pilihan untuk mereka bersara seawal usia 45 tahun telah mencetuskan perdebatan meluas.
Ramai menyuarakan kebimbangan bahawa ia boleh menjadi contoh duluan untuk industri lain, terutamanya yang sudah mengalami transformasi digital.
Naib Presiden Konfederasi Majikan Perdagangan dan Industri Thai, Tanit Sorat berkata, organisasi besar khususnya dalam sektor perbankan dan logistik, telah berubah secara berterusan akibat pendigitalan.
“Mereka yang memohon program persaraan awal (ER) dalam sektor perbankan sering mengalami keletihan kerja, manakala majikan mungkin menggunakan skim ini sebagai cara untuk secara senyap menolak keluar kakitangan,” katanya kepada Bangkok Post.
Kebangkitan perbankan maya tambahnya, juga telah melebar jurang generasi dan mengurangkan keperluan tenaga kerja. – AGENSI