fbpx
Azlina (tengah) dan Nur Aleaya Maisara ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kepala Batas, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Arwah keluar sekejap sahaja, tak sangka begini pengakhirannya – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – “Arwah anak sulung daripada dua beradik yang menjadi harapan keluarga dan pemergian mengejut ini amat memilukan”.

Demikian luahan Azlina Ali, 49, iaitu ibu kepada anggota tentera, Muhamad Haziq Adnan, 22, yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana di sini, semalam.

Azlina berkata, anaknya yang bertugas di Kem Terendak, Melaka dan pulang ke sini untuk bercuti sejak Jumaat lalu.

“Sebelum kejadian, arwah ada memaklumkan mahu keluar mengisi tayar angin motosikalnya menggunakan kereta milik ayahnya.

“Arwah keluar sekejap sahaja, namun tidak disangka begini pengakhirannya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kepala Batas di sini, hari ini.

Sementara itu, adik bongsu arwah, Nur Aleaya Maisara,18, berkata, arwah sepatutnya pulang ke kem hari ini.

“Arwah ada maklumkan yang dia sedang mengikuti kursus di Port Dickson, Negeri Sembilan sejak Jun lalu. Ada cuti sekejap, maka arwah pulang untuk jenguk keluarga,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lahar Tiang dan diuruskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI