fbpx
Tangkap layar aksi anggota polis trafik terbabit ketika menyelamatkan seekor anak kucing.

[VIDEO] Mulianya hati ‘abam’ trafik, mesti pencinta kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pantas dan berani seorang anggota polis trafik menyelamatkan seekor anak kucing mendapat pujian pengguna selepas klip video memaparkan aksi itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sandakan, kelihatan anggota terbabit sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan anak kucing terbabit.

“Misi Kemanusiaan. Menyelamatkan anak kucing yang hampir-hampir menjadi mangsa kemalangan, syabas dan tahniah anggota yang memberikan bantuan,”tulis hantaran tersebut.

Berdasarkan klip video tersebut, anggota berkenaan telah memberhentikan sebuah kereta ketika anak kucing terbabit melintas jalan sebelum menyorok di bawah kenderaan itu.

Bagaimanapun, anggota terbabit berjaya menangkap haiwan itu sebelum dibawa ke tempat yang selamat.

Difahamkan kejadian tersebut dirakam di sebuah kawasan sekitar daerah Sandakan, Sabah.

“Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji keberanian anggota terbabit dan mereka mendoakan agar penyelamat itu sentiasa dimurahkan rezeki.

“Terima kasih abam trafik kerana telah menyelamatkan anak kucing itu, mesti anggota ini pencinta kucing. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki,”kata NorBiayah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hassan Salleh.

“Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan yang agak merbahaya, tapi Allah bagi perlindungan buat seorang insan yg mulia hatinya. Terima Kasih Allah, Terima kasih abam polis,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI