SHAH ALAM – Suasana Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) kelapan Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, kecoh apabila berlaku insiden provokasi oleh beberapa individu malam ini.
Insiden kira-kira pukul 10.20 malam itu berlaku ketika Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dasar selain menyentuh mengenai tindakan segelintir individu yang cuba mengutip tandatangan untuk jatuhkan Presiden.
Beberapa individu kemudian melaungkan jeritan ‘tidak benar’ dan ‘turun tan sri’ sehingga menyebabkan dewan bertukar kecoh.
Muhyiddin bagaimanapun dengan tenang meneruskan ucapan dan keadaan kembali terkawal tidak lama kemudian. – KOSMO! ONLINE