SEBERANG PERAI – Tiga mangsa dikatakan tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini, petang tadi.
Bagaimanapun, status kesemua mangsa terdiri pemandu dan penumpang dua buah kereta terbabit masih belum dapat dipastikan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 6.22 petang.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam dibantu BBP Kepala Batas digerakkan ke lokasi sejauh lima kilometer bagi melaksanakan operasi penyelamatan.
“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Iswara. Kerja mengeluarkan mangsa tersepit sedang dijalankan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE