fbpx
Gambar Syukur bersama kerbau pernah tular di media sosial dahulu (kiri) dan dirinya dalam Majlis Graduasi GiatMara ke-38 yang berlangsung baru-baru ini.

Syukur ‘The Kampung Boy’ akhirnya tamat pengajian di GiatMara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kanak-kanak yang pernah tular suatu ketika dahulu kerana bergambar dengan kerbau, akhirnya berjaya menamatkan pelajaran di GiatMara Hulu Terengganu.

Menerusi hantaran Giatmara Malaysia, Muhammad Syukur Khamis, 20, tamat menghabiskan Kursus Teknologi Motosikal setelah enam bulan melanjutkan pelajaran.

Syukur atau lebih dikenali sebagai ‘The Kampung Boy’ telah diraikan dalam satu Majlis Graduasi GiatMara ke-38 yang berlangsung pada Rabu lalu.

“Syukur bukan sahaja serasi dengan hidupan dan alam malahan beliau cekap dalam kemahiran.

“Sentiasa menyertai pertandingan kemahiran dianjurkan, beliau sekarang ‘pomen muto’ menguruskan bengkel motosikal milik keluarga yang menjadi pilihan orang kampung dan rakan-rakan,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, Syukur dalam hantaran di Facebooknya mengucapkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang TVET.

“Alhamdulillah, terima kasih buat bonda tercinta, keluarga dan rakan taulan. Selamat maju jaya buat semua graduan,” tulisnya.

Syukur telah menjadi buruan lensa jurugambar dalam dan luar negara pada 10 tahun lepas.

Beliau mula menjadi cukup popular susulan kebolehannya berinteraksi dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan ayahnya, Khamis Jusoh, 63, mulai tular di media sosial.

Gambar Syukur bersama sekawan kerbau itu mulai menjadi bualan ramai selepas gambar itu muncul juara peringkat Asia, selain turut tersenarai antara 20 gambar terbaik dunia, pada tahun 2019.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN