fbpx
MUHAMMAD FAIZ ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Pemuda Amanah Perak 2025 di Ipoh hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar paling berkesan bela penghuni flat lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) bertekad mempertahankan Rang Undang‑Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) kerana ia merupakan mekanisme paling berkesan membela penghuni-penghuni flat lama, pemilik kediaman dan tanah tanpa mengira kaum.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pemahaman secara terperinci perlu dijelaskan kepada pemilik bahawa naratif yang dimainkan sekiranya akta itu diluluskan menyebabkan mereka akan diusir tidak benar sama sekali.

“Sudah pasti pemilik tanah atau flat lama itu akan dapat balik rumah yang lebih selesa. Dahulu, satu rumah satu bilik sekarang (PSB dilaksanakan) satu rumah tiga bilik.

“Kita pasti unit-unit selebihnya perlu dijual oleh developer (pemaju) untuk menampung semua kos mereka kerana membina rumah baharu secara percuma kepada pemilik lama,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) merasmikan Konvensyen Tahunan Pemuda Amanah Perak 2025.

Berhubung impak kepada kaum Melayu sekiranya RUU PSB diluluskan kelak, Muhammad Faiz berkata, kaum itu kini terutama golongan muda semakin ramai yang menjadi profesional dan teknorat yang berkemampuan membeli rumah di bandar.

Jelasnya, peranan kerajaan ialah memastikan rumah tersebut dijual dengan harga kompetitif supaya anak muda dan kaum Melayu boleh membelinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN