fbpx
Mohamed Khalid. - Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

PRN Sabah: ‘Tidak bekerjasama bukan makna bermusuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tidak bermakna kerjasama antara kedua-dua pihak akan tertutup sepenuhnya pada masa depan.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan untuk tidak bekerjasama itu hanya disebabkan pihak-pihak terlibat mempunyai pendekatan politik berbeza.

Menurut beliau, ia juga bukan menunjukkan bahawa BN dan juga Pakatan Harapan (PH) bermusuh dengan GRS di Sabah.

“Kita telah melalui pelbagai cabaran dan mempunyai pengalaman di Sabah. Kita juga percaya melalui pengalaman itu pelbagai kemungkinan kerjasama dengan mana-mana pihak boleh berlaku selepas PRN selesai.

“Kerjasama politik tidak semestinya sebelum pilihan raya, ia boleh jadi dalam pelbagai bentuk sama ada antara parti, atau antara gabungan politik dan juga sama ada sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah BH Petrol di Dewan Muafakat Taman Air Biru, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN