fbpx
Dr. Jessie telah membuat laporan polis atas beberapa ugutan yang diterimanya melalui media sosial selepas memberi keterangan berkaitan kes inkues Zara Qairina.

Pakar Patologi kes inkues Zara Qairina buat laporan polis lepas diugut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Saksi pertama inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir iaitu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu telah membuat laporan polis atas beberapa ugutan yang diterimanya melalui media sosial, semalam.

Menurut sumber,Dr. Jessie selesai memberi keterangan bagi inkues tersebut pada Khamis lalu dengan menyatakan walaupun kecederaan pada bahagian luar dan dalaman tubuh mangsa konsisten dengan seseorang jatuh dari tempat tinggi namun mustahil remaja itu ditolak atau terjatuh secara tiba-tiba.

Kata Dr. Jessie, tembok penghadang yang ada di setiap tingkat Blok Rabiatul Ada­wiyah, Asrama Qurratua’yun Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan (TDML), Kinarut mempunyai ketinggian hampir tiga per empat tubuh remaja terbabit menyebabkan sukar untuk senario itu berlaku.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan kecederaan, bedah siasat dan lawatan ke lokasi kejadian, Dr. Jessie menyatakan terdapat berkemungkinan Zara Qairina melompat dari tepi (luar) tembok penghadang konkrit (concrete ledge) atau menghayunkan badannya (swing over).

Pakar patologi itu juga menyatakan sebuah mesin basuh domestik tidak boleh beroperasi sekiranya beban muatan 53 kilogram (berat badan remaja terbabit) dimasukkan ke dalamnya.

Beliau bagamanapun ketika ditanya oleh salah seorang peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa membuli Zara Qairina enggan membuat sebarang dapatan sama ada situasi mangsa jatuh itu adalah atas kerelaan sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN