fbpx
Nahas yang mengorbankan lima penuntut IKM di Jalan Gayang-Tuaran, semalam.

Nahas 5 penuntut IKM: Kenderaan dipercayai dipandu laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUARAN – Nahas mengorbankan lima penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan bertembung dengan sebuah lori di Jalan Gayang-Tuaran, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang di simpang Rela Gayang ketika MPV terbabit dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju Kota Belud.

“Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori dari arah Tuaran ke Kota Kinabalu.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran berjaya mengeluarkan semua mangsa yang tersepit, namun mereka disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kesemua mangsa iaitu Harianto Anuar, Neil Stanley Pletinie, Mohammad Ikhwan Kurniawan, Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy dan Daniel Sarag Jimmy dihantar ke Hospital Tuaran untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala beberapa saksi kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau hadir ke balai polis berhampiran,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, lima penuntut IKM Kota Kinabalu dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Sulaman, berhampiran Pusat Latihan Rela, Tuaran, Sabah petang semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI