fbpx
Gambar hiasan

MKBF Prasarana meningkat, hanya 24 gangguan sehingga Julai lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Prestasi perkhidmatan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila kadar Purata Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) meningkat kepada 0.54 juta kilometer dengan hanya 24 gangguan direkodkan setakat Julai 2025.

Jumlah itu jauh lebih baik berbanding 0.33 juta kilometer dengan 71 gangguan pada 2024 dan 0.16 juta kilometer dengan 118 gangguan pada 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata, pencapaian itu hasil usaha keras seluruh warga kerja syarikat bagi memastikan jutaan penumpang setiap hari menikmati perjalanan selamat dan selesa.

Jelasnya, pencapaian itu juga didorong oleh beberapa inisiatif strategik antaranya pelaksanaan program penyelenggaraan berasaskan keadaan atau ‘Condition-Based Maintenance’ (CBM).

“Di mana proses menggantikan komponen yang dinilai akan rosak atau kerap bermasalah akan terus dilaksanakan tanpa menunggu jangka hayat tamat.

“Sebagai contoh, penggantian beberapa sub-komponen sistem tren dan sistem isyarat bagi Laluan Kajang,”katanya dalam satu kemyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amir berkata, pendekatan syarikat seperti pelaksanaan beberapa projek naik taraf dan penyelenggaraan khas turut memberi impak positif kepada ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem.

Antaranya kata beliau seperti projek penyelenggaraan separa hayat trentren Laluan Ampang.

“Fokus seterusnya, Prasarana akan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan
mutu perkhidmatan bas dengan mengadaptasi penanda aras MKBF sebagai ukuran utama,”ujarnya.

Pada masa sama kata Amir, Prasarana komited untuk terus memperkukuh peranan sebagai penyedia pengangkutan awam utama negara agar perjalanan rakyat lebih selesa, selamat dan boleh dipercayai.

Maklumat lanjut mengenai prestasi rel dan bas boleh disemak menerusi laman rasmi www.myrapid.com.my.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI