fbpx
Nga Kor Ming (kanan) bersama anak yatim membeli barang keperluan di Ipoh hari ini.

Menteri KPKT tunai janji sumbang Sara belanja anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menunaikan janji apabila menyalurkan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 miliknya kepada golongan yang memerlukan.

Selain menepati janjinya, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang itu turut membawa 28 orang anak yatim dari sebuah rumah kebajikan di Ipoh untuk membeli barangan keperluan dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh beliau.

“Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan Sara, saya adalah menteri pertama yang beritahu untuk dermakan bantuan itu kepada anak yatim.

“Hari ini janji ditepati apabila saya membawa 28 anak yatim ke 99 Speedmart untuk membeli barang keperluan dan kos ditanggung saya sendiri,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan empat Taman Rekreasi Madani, di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, inisiatif Sara merupakan
dasar utama Kerajaan Madani yang bertujuan meringankan beban kewangan kos sara hidup
rakyat.

“Bagi mereka yang merasakan bantuan ini tidak begitu diperlukan, saya galakkan mereka untuk beli barangan harian dan menyumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN