fbpx
SHIN PENG muncul juara dunia acara qiangshu dan berpeluang untuk memburu kejayaan seterusnya ketika masih berbaki tiga acara.

Malaysia terus lahirkan juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLET wushu negara, Si Shin Peng berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara dunia selepas berjaya menuai pingat emas acara qiangshu lelaki pada Kejohanan Wushu Dunia ke-17 di Brasilia, Brazil, semalam

Kejayaan manis itu hadir tepat pada masanya kerana Shin Peng yang baru setahun menyertai Program Podium sebelum ini hampir digugurkan daripada program berprestasi tinggi Majlis Sukan Negara (MSN) susulan prestasi hambar pada tahun lalu.

Bagaimanapun, atlet kelahiran Melaka itu bangkit menunjukkan semangat juang luar biasa untuk mencatatkan 9.756 mata, menewaskan pencabar terdekat dari Macau, Kuong Chi Hin (9.743), dan wakil Jepun, Motoyoshi Araki (9.740), di pentas akhir.

Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt menyifatkan kemenangan itu sebagai satu kebangkitan luar biasa dan hasil daripada keyakinan serta sokongan berterusan pihaknya kepada Shin Peng.

“Untuk Shin Peng, dia memang seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh belajar. Tapi, malangnya pada tahun 2024 dia belum capai keputusan memberangsangkan, sebahagiannya kerana kurang bernasib baik.

“Jika diikutkan, kontraknya dalam Program Podium berakhir untuk tahun 2025. Namun, selepas perbincangan bersama MSN, kami membuat keputusan menyokong beliau. Akhirnya dia berjaya jadi juara dunia,” katanya.

Lebih 1,000 atlet dari 80 negara bertanding dalam kejohanan tersebut, menjadikannya antara platform paling berprestij dalam dunia wushu antarabangsa terutama atlet negara.

Kim Fatt turut berharap Shin Peng meneruskan aksi terbaiknya kerana cabarannya di pentas dunia belum berakhir dan masih ada lagi misi menerusi tiga lagi acara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI