fbpx
Nga Kor Ming (tiga dari kiri) menandatangai plak perasmian Taman Rekreasi Madani Taman Westpool pada Lawatan Kerja ke Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

KPKT alu-alukan penubuhan Pasukan Khas UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengalu-alukan penubuhan Pasukan Khas UMNO bagi meneliti dan memberi pandangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya terbuka menerima cadangan mana-mana pihak termasuk UMNO dan juga rakan dalam Pakatan Harapan (PH) asalkan ia bersifat ikhlas dan jujur demi kepentingan rakyat.

“Apa sahaja idea yang bernas, kementerian akan menerima pakai kerana niat utama kita dalam menggubal akta ini adalah untuk membantu rakyat.

“Sebab itu, semua pihak harus datang bersama untuk bincang dan setakat hari ini kita sudah menjalankan sebanyak 108 sesi libat urus dengan pelbagai pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan empat Taman Rekreasi Madani, di sini hari ini.

Menerusi laporan media Rabu lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan RUU PSB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN