fbpx
Klip rambut yang menyerupai seluar dalam wanita. - JennyFax

Klip rambut seluar dalam harga  lebih RM500 habis dijual 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Sebuah jenama fesyen dari Jepun, Jenny Fax mengundang perhatian orang ramai selepas melancarkan aksesori terbaharu berupa seluar dalam wanita, lapor portal berita Vice semalam.  

Dinamakan ‘Panty Ribbon Bow’, aksesori itu dicipta dengan menampal seluar dalam wanita jenis kain sutera pada klip rambut logam. 

Klip rambut itu ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah jambu, hitam dan biru dengan harga AS$119 (RM503) setiap satu. 

Pengasas Jenny Fax, Su Zhenfang terkenal kerana menghasilkan rekaan unik dan luar biasa sejak jenama itu ditubuhkan pada 2010. 

Produk tersebut menjadi tular di media sosial China. Sebilangan pengguna media sosial menganggap aksesori rambut itu sekadar gimik untuk meraih perhatian. 

Meskipun aneh dan dikecam, setiap warna dilaporkan habis dijual. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI