fbpx
Mohd. Dusuki bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Infrastruktur Awam Program Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara 2025 di Kampung Padang Tembak, Kota Bharu hari ini.- Foto ROSMIZAN RESDI

Kes Syamsul Haris: Prosiding inkues diputuskan selepas siasatan penuh selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Keperluan untuk menjalankan prosiding inkues berhubung kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin hanya akan diputuskan selepas siasatan penuh selesai.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan tiada sebarang keputusan berhubung keperluan untuk mengadakan inkues buat masa ini.

Menurutnya, laporan penuh bedah siasat akan diperoleh terlebih dahulu bagi melengkapkan segala aspek siasatan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Apabila siasatan selesai dan semua dokumen diterima, kita akan teliti. Jika ada keperluan untuk inkues, maka ia akan dijalankan. Buat masa ini, polis masih dalam proses melengkapkan siasatan.

“Apabila tarikh sesuai ditetapkan, kita akan maklumkan kemudian,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Infrastruktur Awam Program Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara 2025 di Kampung Padang Tembak di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN