fbpx
ANWAR berucap pada Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2025 Kedah di Baling, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Kerajaan setuju keluasan sawah di Kedah dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memperkecilkan sedikit keluasan sawah di negeri ini untuk tujuan pembangunan termasuk bagi projek perumahan dan industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan rundingan yang dilakukan dengan pihak kerajaan negeri sebelum beliau memberi pandangan mengenai perkara itu seterusnya mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.

“Jemaah Menteri bersetuju untuk kita kurangkan kawasan jelapang padi di sekitar Alor Setar bagi memastikan kawasan baharu supaya keperluan bagi Kedah daripada segi industri, perumahan dan komersial dapat dijamin,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Program Madani Rakyat Negeri Kedah, di sini hari ini.

Kata beliau, perkara itu adalah manfaat yang diperoleh hasil rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Belum pernah dalam sejarah kita, Perdana Menteri turun ke negeri dan dengar. Umpamanya dalam
Belanjawan akan datang dan Rancangan Malaysia Ke-13, kalau ikut Kerajaan Persekutuan ada keutamaan sendiri tetapi saya kata tak boleh. Kita ada keutamaan, kita dengar negeri.

“Negeri kata keutamaan begini, jadi kita ubah suai. Ada pandangan negeri yang kita boleh terima, ada keutamaan Kerajaan Persekutuan yang kita boleh peraku dan laksanakan,” ujarnya.

Sementara itu, Anwar memaklumkan jumlah peruntukan kepada Kedah meningkat daripada RM7.1 bilion pada 2021 kepada RM9.7 bilion pada 2025, manakala pemberian khas pula meningkat daripada RM451 juta pada tahun sama kepada RM540 juta, tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI