fbpx
PENYERANG negara, Fergus Tierney (kanan) cemerlang merakam hatrik untuk mengesahkan kemenangan selesa skuad B-23 ke atas Mongolia. - MALAYSIA NT

Kelayakan Piala Asia B-23: Skuad negara cemerlang belasah Mongolia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara kembali menghidupkan peluang untuk ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 apabila membelasah Mongolia 7-0 Stadium Thammasat, sebentar tadi.

Kemenangan selesa itu menjadi reaksi balas sempurna dipamerkan oleh anak buah Nafuzi Zain selepas memulakan aksi Kumpulan F pusingan kelayakan kali ini dengan kekalahan 0-1 kepada Lebanon, Rabu lalu.

Penyerang negara, Fergus Tierney muncul pemain paling menyerlah apabila berjaya membuktikan ketajaman luar biasa dengan menghasilkan tiga gol buat skuad muda negara.

Terdahulu, skuad B-23 negara hanya memerlukan 13 minit untuk mendahului Mongolia hasil jaringan Aliff Izwan Yuslan diikuti gol kedua daripada Aysar Hadi, dua minit selepas itu sebelum Tierney membuka akaun jaringannya pada minit ke-36.

Bersambung babak kedua, Tierney yang kini beraksi bersama Sabah terus menyerlahkan kualiti apabila melengkapkan hatriknya dalam tempoh seminit dengan menambah dua lagi jaringan pada minit ke-48 dan 49.

Mengambil kira peluang untuk mendapatkan lebih banyak jaringan, skuad negara seakan tidak pernah mengendurkan asakan hingga berjaya menambah dua lagi gol tambahan menerusi Aliff Izwan (m-60) dan Ziad El Basheer (m-67).

Berdasarkan format pertandingan, hanya juara kumpulan dan empat naib juara terbaik daripada 11 kumpulan akan layak ke pusingan akhir.

Selasa ini skuad negara akan berdepan satu lagi tugasan mencabar apabila dijadualkan menentang pasukan tuan rumah, Thailand di venue sama dan hanya kemenangan mampu mencerahkan harapan untuk layak ke pusingan akhir sekurang-kurangnya selaku empat naib juara terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN