fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri sehingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan angin kencang dan hujan lebat di sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu).

Ujarnya, di Perak kawasan yang dijangka hujan lebat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Hujan lebat diramal di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

“Cuaca yang sama juga dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Pekan),” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata hujan lebat turut melanda Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu) juga diramal hujan lebat.

Tambahnya di Sarawak kawasan yang terlibat adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Kawasan di Sabah yang dilanda ribut petir pula adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar) dan Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI