fbpx
Muhyiddin ketika berucap pada PAT kelapan Bersatu malam ini. FOTO SYAKIR RADIN/ KOSMO!

Gabungan 12 parti jadi model politik inklusif – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Gabungan melibatkan 12 parti akan muncul sebagai payung besar bagi rakyat negara ini yang mahukan perubahan politik negara.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan tersebut bersifat inklusif dengan Perikatan Nasional (PN) memainkan peranan utama sekali gus memperkukuhkan peranan semak dan imbang sebagai parti pembangkang.

“Saya yakin, inilah model politik baharu yang lebih inklusif, lebih stabil dan lebih diterima rakyat,” katanya ketika berucap pada merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) kelapan Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, malam ini.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 12 parti bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan kerajaan Madani, termasuk janji reformasi.

Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, Pas, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Sebuah lagi organisasi yang terlibat ialah parti yang belum didaftarkan secara rasmi – Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN