fbpx
SALIBA gagal menamatkan perlawanan ketika menentang Liverpool apabila berdepan masalah kecederaan. - AFP

EPL: Peminat Arsenal mampu rasa lega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal menerima perkhabaran gembira apabila pemain pertahanan, William Saliba mungkin tidak terlalu lama berada di bilik rawatan selepas kecederaan dialami ketika menentang Liverpool dinilai tidak terlalu serius.

Situasi berkenaan menyaksikan pemain berkenaan dijangka kembali beraksi menjelang aksi menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada 21 September nanti.

Kecederaan yang dialami ketika ini menyaksikan Saliba terpaksa disisihkan daripada aksi skuad Perancis dalam menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia sekali gus tempatnya digantikan oleh Benjamin Pavard.

Arsenal sebelum itu terpaksa berdepan realiti kehilangan dua tonggak utama, Bukayo Saka dan Kai Havertz menyebabkan kecederaan Saliba menjadi tamparan hebat ketika mereka cuba menamatkan penantian untuk bergelar juara musim ini.

The Gunners berdepan beberapa perlawanan penting selepas aksi antarabangsa melibatkan pertemuan menentang Nottingham Forest, berdepan Athletic Bilbao dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum bertemu City.

Ketua Pegawai Eksekutif Kitman Labs, Stephen Smith yang merupakan pakar kecederaan ahli sukan percaya peminat Arsenal mampu berharap dengan kepulangan Saliba apabila kecederaan dialami tidak terlalu serius.

“Hasil ujian mendapati tahap kecederaan ligamen Saliba tidak begitu ketara dan masih ada beberapa cara untuk membolehkan dia dapat beraksi semula dalam tempoh segera.

“Saya fikir tempoh rehat dua atau tiga minggu mencukupi untuk dia kembali ke padang seperti biasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN