fbpx
Mangsa ditemui selamat oleh anggota APM selepas tersesat di Bukit Dinding, hari ini. Foto IHSAN APM

Disangka dikejar harimau rupanya babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Detik cemas dialami seorang wanita apabila tersesat di hutan Bukit Dinding, selepas mendakwa dirinya dikejar seekor haiwan seakan harimau, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.03 petang itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada mangsa yang mendakwa tidak menemui jalan keluar serta ketakutan kerana dikejar haiwan liar.

Jurucakap APM berkata, dua pasukan melibatkan sembilan pegawai dan anggota dari Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 1.36 petang dalam keadaan short of breath (SOB) akibat panik dan ketakutan.

“Berdasarkan penerangan, haiwan yang disangka harimau itu dipercayai sebenarnya seekor babi hutan,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI